Asalamualaikum . harini i akan kongsikan sedikit tips belajar daripada Dr Fadzilah Kamsah . sesuai sangat dengan student yang ada masalah susah nak ingat or ape apelah.. kayh ni beberape tips untuk korang :
1.Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri . Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
2.Merangsang kesemua deria dalam pelajaran . Kajian menunjukkan bahawa :
-Kita ingat 10% apa yang dibaca
-Kita ingat 20% apa yang didengar
-Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
-Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
2.Merangsang kesemua deria dalam pelajaran . Kajian menunjukkan bahawa :
-Kita ingat 10% apa yang dibaca
-Kita ingat 20% apa yang didengar
-Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
-Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3.Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock)
4.Mengulang kaji secepat mungkin . Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin
5.Manfaatkan kemahiran mengingat :
-Tampal nota-nota penting di dinding
-Tukar perkataan , ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6.Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik . Tanya guru apabila tidak faham
7.Menjadikan nota-nota menarik seperti corak , menggarisi isi penting dan sebagainya . Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat
8.Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong , bertangguh dsn malas .
9.Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk .
10.Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar , melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati
11.Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru . Untuk sentiasa awal dan mendahului , bacalah sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
12.Berbuat baik kepada guru . Sentiasa menghormati dan menyayangi guru (barulah berkat)
13.Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
p/s : selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment